Bully Amerika
Bully Amerika

Bully Amerika

Bully Amerika atau American bully[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing moden yang dikembangkan sebagai anjing pendamping dan pada asalnya dipiawaikan dan diiktiraf sebagai baka pada tahun 2004 oleh American Bully Kennel Club (ABKC). Piawaian baka terbitan mereka memerihalkan anjing ini sebagai anjing yang memberikan "kesan kekuatan hebat untuk saiznya". Pada tahun 2008, bully Amerika diiktiraf oleh European Bully Kennel Club (EBKC) dan pada 15 Julai 2013 oleh United Kennel Club (UKC).[1] The Kennel Club United Kingdom, American Kennel Club, dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak mengiktiraf bully Amerika sebagai baka terpisah.[2][3][4]Perangai pada anjing dewasa sangat bergantung pada pelatihan dan baka ini dapat menjadi sangat kuat menuntut dan perlu dilatih dengan betul. American Bully Kennel Club membahagikan bully American kepada empat kategori, iaitu XL, Poket, Piawai, dan Klasik, sementara pejabat pendaftaran lain, termasuk UKC, telah meluluskan satu piawaian saiz tekal.Oleh sebab saiz, kekuatan, dan paras agresi pada bully Amerika, kawalan perundangan ke atas pemilikan baka ini wujud di beberapa buah negara. Bull XL bertanggungjawab atas 10 daripada 19 kematian yang disebabkan oleh anjing di UK dalam tempoh antara tahuna 2021 dengan tahun 2023 dan, pada Disember 2023, Pemerintah United Kingdom menambahkan baka ini ke dalam Akta Anjing Berbahaya 1991, lalu mengharamkan penjualan, pembiakbakaan, peninggalan, atau pembawaan bully XL di ruang awam tanpa cawak dan berongsong di England dan di Wales.[5]

Bully Amerika

Negara asal Amerika Syarikat
Tinggi 33–50 cm (13–20 in)
Berat 20–60 kg (44–132 lb)
Bulu Pendek, licin, dan licau
Saiz perinduk 4–8 ekor
TraitBeratTinggiBuluWarnaSaiz perindukJangka hayat
Trait
Berat20–60 kg (44–132 lb)
Tinggi33–50 cm (13–20 in)
BuluPendek, licin, dan licau
WarnaSemua warna
Saiz perinduk4–8 ekor
Jangka hayat8–13 tahun
Nama ringkas Am. bully
Bully
Jangka hayat 8–13 tahun
Warna Semua warna
Nama lain American bully